BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 29, 2011

habis sudah

kelas untuk sem ni dah habis

dengan ini selesai sudah kelas aku sepanjang tiga tahun dekat UKM

tunggu post seterusnya

tentang perjalan hidup dekat UKM

tapi tak janji

bergantung kepada tahap kerajinan

;p

Tuesday, March 22, 2011

hari yg ditunggu telah tiba

akan berangkat ke Jakarta dalam beberapa jam lagi

belom apa2 lagi dah penoh beg -_-'


Tuesday, March 15, 2011

boleh kawin dengan orang korea dah

kiri : bibimbap
kanan : errr, pekebenda tah. lupa -_-"

makanan yang aku lupa nama tu sedap jugak. dia macam sup daging la tapi ada sayur yang banyak jugak. semestinya sup tu tak habis di makan sebab sangat banyak. lagipon masing2 sebok nak bercerita itu ini macam mulut murai sebab lama tak jumpa. actually Che Arre dgn abang dia Izzat datang KL.saja nak jalan2. so dia pon plan untuk keluar ramai2. yang keluar hari tu aku, Arre, abg Izzat, Aiman, Aiman's future husband  dan Batip. Aiman dgn Batip baru balik dari New Zealand & Australia. tak la baru sangat, last year la dorg balik hehe. rakyat kat Midvalley hari tu sangat ramai oke. nak cari tempat makan pon susah. last2 melangkah ke Garden, food court je pon. 

bibimbap

bibimbap ni adalah campuran nasi dan sayur-sayuran. kalo korang ni jenis yang tak makan sayur, kem salam pak abu la nak makan benda ni. yang dalam mangkuk putih tu sup apa tah, tak tau jugak. tak sedap oke, masam. kalo nak makan bibimbap ni, haruslah gaul sampai jadi macam ni
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ni bukan nasi kucing oke!!


kejadian ni berlaku 2 minggu lepas, dah basi dah pon tapi nak cite gak. sangat sedap oke, menepati citarasa la. sah!!! boleh jadi orang korea dah. berangan kawin dengan Super Junior. -_-". Super Show 3 pon ko tak boleh pegi Zati oiiii, ada hati nak kawin dengan Super Junior.


Wednesday, March 9, 2011

kerja terlapang

hujung minggu ni rumet2 sekalian balik rumah. tinggal aku sorang tapi lagi sorang tak tau balik jugak ke tak, tak dapat di kesan. bila duduk sorang2 ni mula la buat kerja2 gila, mwahaha.

- try baju. haa, ni memang kerja terlapang aku ok. dalam bilik bila rumet takde, ni la kerja aku. slalunya bila baru beli baju je kan tapi aku tak. saja2 pon buleh jugak try2 haha. abis satu lemari aku godek2, jumpa baju yang lama tak pakai. kot2 la tetiba dah tak muat. baju semakin kecik ke kan. baju jugak yang salah. pastu try pakai shawl. lilit sana lilit sini. main la lilit2 sampai tercekik.

- karoke sorang2. nyanyi kuat2. kalo ada rumet tak boleh nyanyi kuat, kang dapat pelempang free pulak kan. yela, dah orang tengah meroyan buat tesis, kau sesuka hati sesedap rasa nak nyanyi kuat2 dengan suara sumbang kau tu. memang mintak pelempang lah. tapi bila takde semua orang dalam bilik, haruslah pasang lagu kuat2. nyanyi pon lagi la kuat.hehe

- bila dah bosan sebab takde geng nak borak dan gelak ketawa, asik2 kau tengok dinding, dinding tengok kau maka buka la lagu dan menari sesuka hati. step haruslah rekaan sendiri yang tak pernah dibuat orang. muka pulak haruslah bongkak dengan lagak penari profesional hahaha. kau mampu??

- ini memang keje wajib la. komfem TERlebih tidur. ter la sangat kan. padahal memang kuat tidur pon. bosan weh dudk sorang2. tidur pon sodapppp

ini kerja2 terlapang aku kat UKM. kat rumah lain pulak. lagi banyak benda boleh buat. HEHE

Monday, March 7, 2011

first and last

buat julung2 kalinya aku join diner fakulti. selama 3 tahun aku kat sini, last 2 years memang tak join segala apa yang sewaktu dengannya lah pasal fakulti ni. untung UKM dapat student macam aku kan. tahun 3 ni boleh pulak terjoin, tu pun bersebab haha. kalo tak jangan harap la nak nampak batang hidung aku yang penyek ni.

diner kali ni dia buat sekali dengan penyampaian anugerah dekan. okeh, sebelum terlupa, diner ni last 2 weeks tau. aku je yang malas nak update, konon2 bz la. tema diner kali ni fantasi. fantasi gile la aku pegi pakai baju kurung moden, baju raya tahun lepas je.





makanan malam tu ok2 je la. tak la sedap sangat, boleh la telan. padan la dengan bayar 10 hengget je. sambil2 makan tu ada la 2 3 jenis persembahan. pastu sampai la acara kemuncak, penyampaian anugerah dekan. aku siap menggigil2 bagai lagi. over kan. kau gile tak menggigil, tak pernah ada dalam sejarah UKM Zati Hulwani naik pentas dapat anugerah tau. tapi bila sampai turn aku, si pengacara majlis ni boleh pulak silap sebut nama aku, Zati Zulwani. ternganga aku 5 saat before naik pentas tu, cisssssdale betol. 

punya la menggigil nak amik sijil, sekali dapat yang ini je -.-'

lepas tu ada cabutan bertuah. letak la hadiah 1000 pun kat atas pentas tu, memang aku tak akan dapat pon. tak pernah bertuah pon. ok, sila layan gambar2 di bawah ye, dah malas nak cite hehe


kenapa tetiba ada cik panda ni??


suh layan gambar macam ada 20 gambar, padahl ada 3 je kan T_T. mintak maap la ye, penyakit malas menggunung sangat dah skg ni

ok, bye~