BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 10, 2010

rahsia simbol yahudi


kalau nak tau kena baca buku ni. aku pun baru nak baca tapi buku ni bukan hak milik aku, kawan aku yang punya

p/s: menggigil2 badan bila kemas n angkat barang fuhhhh

hep hep hooray

pom pom pom mcm mercun bawang la pulak bunyi

merdeka! merdeka! merdeka! hari ni bukan 31 Ogos, merdeka sebab final exam dah habis tapi hancus T_T. terlalu happy sebab exam dah habis & tak sabar nak balik rumahku syurgaku. tapi ada jugak benda yang buat aku stress, kena kemas barang weh. UKM ni stail kena kemas barang setiap kali cuti sem, hilang lemak 2 kilo kemas barang. baru kemas, belum angkat lagi. dengan beg sebesar gajah seberat badak, memang berlecak la ketiak. boleh cirit angkat beg besar. kompem terbakar 5 kilo lemak.

cuti ni pulak dah ada agenda hehe. wait for me darl. cuti pon cuti jugak tapi kena buat tesis. tersangkut dekat bab 1 lagi. sem ni bz sangat. tak sempat nak buat tesis. pastu kena buat kertas kerja untuk projek kelas sem depan.semangat. bukan semangat tapi terpaksa sebab sem depan nak fokus kat tesis ja. tengok2 bila dah dekat rumah apa pon tak buat haha. macam tu la slalunya. gebang lebih. ok la, nak sambung mengemas barang yang  nampak sikit tapi hakikatnya sangat banyak sampai tak muat beg. pinjam LV Rizalman boleh?

Friday, November 5, 2010

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan 
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


- kualiti dari henpon cabok

Tuesday, November 2, 2010

bebelan tak bermotif

assalamualaikum,tak jawab dosa. ohh, aku dah muak tengok nota. muak??? zati, kau study 5 minit, main tenet 15 minit kau cakap muak. bukan muak dah tu, pemalas namanya. hahaha dasyat sungguh. tak penah nak study betol2, pastu bila exam tak boleh jawab mula la nak menyesal bagai. oh nak bagitau ni, tak private dah blog ni, yaka?huh, bajet macam blog best sangat nak private pulak. sebab blog tak best la yang aku private tu. aku ni buta IT sket banyak, tambah pulak dengan malas nak update, memang bertambah best la blog ni kan. ok cau dulu.


eh, TERupload la haha

bye~