BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 29, 2010

31 Disember Cuti Umum

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.


p/s:esok pon aku dah cuti hehe.tahniah Malaysia!!!

Monday, December 20, 2010

boleh bertukar jadi hulk

marah!!memang sinonim dengan manusia termasuk aku. pantang ada silap memang akan meletup. tapi aku nak cakap ni bukan marah dekat sapa-sapa tapi pasal pengurusan cafe kolej aku. memang terbaik dari ladang lah,susah nak dapat cafe camni

cafe uo (kolej ungku omar) ni tak lah hebat sangat pon. setakat ada meja kerusi, seketul peti ais yang entah zaman bila punya air yang diorang jual, rak roti gardenia dan tempat jual lauk pauk yang tak berapa nak enak tu. pastu bila petang sampai malam boleh la order ala carte. tapi diorang ni masak macam nak bagi kucing yang makan. sadis!! tapi tu la cafe yang ada pon kat kolej ni. mana la ada moto kete nak pegi beli makanan kat luar. terpaksa la melangkah masuk jugak cafe tu.

kalau jual kuih pulak, kuih semua stok-stok kena pijak. boleh pulak nak jual macam tu kan. ktorang ni bukan kucing nak buat macam tu. kalau lauk pauk pulak sekali tengok je memang terus terbantut selera yang tengah membuak-buak. bila order yang ala carte pulak, memang menguji tahap keimanan la. sejam lepas order baru dapat makanan. dalam hati aku ni memang dah mencarut bagai la kan. bila komplen cakap tukang masak balik kampung. alasan basi!!!!!! ambik la tukang masak yang lain untuk ganti. semua ada 3 orang. kalau 3 3 balik kampung sapa nak masak???? bos dia memang bodoh sangat, tak boleh nak pikir. dah la masak memang tak pernah nak sedap.

bos pulak memang sombong nak mampos. bajet je lebih. tak pernah nak senyum langsung. jatuh bankrap ke kalau kau senyum??? muka nak masam jeeeeee doplopat jam. pekerja pulak kurang asam boi, kalau order makanan tapi tetiba tak jadi nak makan dan mintak tolong bungkuskan, boleh dia cakap tak nak sebab kat dapur banyak keje dan banyak order. memang time tu rasa nak penyepak laju2 je kan. kalau diikutkan memang dah boleh pecat pekerja macam tu. dalam hati ni dah macam-macam dah cakap, mencarut abis dah. tak pasal-pasal dapat dosa.



p/s : orang lain semua semakin kurus je, aku semakin gemuk huhuhu. nak diet!!