BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 16, 2011

Jakarta + Bandung~ day 3

kalau korang nak tau, lecturer ktorang cik mokhtar tu, pepagi buta dia pegi ketuk pintu bilik ktorang semua ni. dia tolong kejutkan ktorg bangun tidur seawal jam 5 pagi Indonesia = 6 pagi Malaysia. malu tak? malu tak?
25 Mac ni ktorg pegi rumah kanak2 pendidikan khas, tak jauh mana pon dari UNJ tapi oleh kerana Jakarta ni femes dengan macet, makanya yang dekat pon boleh jadi jauh. kalau nak tau macet tu apa, silalah google ye hehe
haruslah amik gambo dlu

mereka







khusyuk

persembahan kanak2 pendidikan khas



kudapan

sebelum solat Jumaat lagi ktorg dah gerak balik ke UNJ, kalau diikutkan ktorg akan ada kat sekolah tu sampai petang tapi atas sebab2 tertentu, aktiviti petang tu terpaksa dibatalkan. dengan sukacitanya, cik mokhtar cakap lepas solat Jumaat tu aktiviti bebas. ikut suka ko la nak pegi mana pon. time ni semua orang dah senyum kambing haha. masing2 nak pegi shoping.

sampai2 je kat wisma UNJ aku terus tidur, yang lain aku tak tau apa dorg buat, dah mimpi sampai ke mana dah aku ni. nak pegi shoping la konon petang tu, sekali dapat katil terus tak hengat dunia haha. dalam pukul 4 tu terjaga sebab kawan bilik sebelah ketuk pintu. hamek kau, dah berapa jam aku tidur. sekali baru aku sedar rupa2nya budak2 bilik aku pon tidur jugak. kawan aku yang datang ketuk pintu ni sebab nak ajak pegi shoping kat Cempaka Mas. dengan muka yang mamai tu ktorg siap secepat mungkin sebab lecturer dah tunggu kat bawah, ktorg pegi dengan lecturer sebab budak2 yang lain semua dah pegi. ktorg satu bilik ni je yang sedap tidur hahaha. susah2 pegi jakarta, boleh kau tidur kan zati hee.

ktorg pegi naik bas. bas kat sana stok2 bas mini kat sini. tapi kena cepat naik, lambat sket je memang dia tinggal terus. 

tayar sebelah aku je, betol2 depan pintu tayar tu
kau mampu??

siap nyanyi2 lagi. suara dia sedap ok
kalah la mentor kat TV3 tu

Cempaka Mas ni ala2 Times Square & Sungai Wang. tapi Cempaka Mas ni lagi besar la. memang besar gile. takda apa sangat pon. barang2 biasa je cuma murah la. aku tak beli apa pon kat sini. takda benda menarik. lepas tu ktorg pegi makan kat McD. McD kat sini tak sama kat Malaysia. mau tercongok 15 menet kat situ, khusyuk membaca haha. aku amik medium panas, ada ayam seketul, nasi dengan scrambled egg. tapi scrambled egg dia hanyir, macam guna telur ituk je. sos dia pon tak sedap jugak, rasa lain. so aku makan nasi dengan ayam je la.

pas makan terus balik sebab ada meting dengan lecturer pukul 8. ktorg memang tiap2 malam ada meting. nak kena marah pon time ni la.

Sunday, April 10, 2011

Jakarta + Bandung~ day 2

24 Mac 2011. nak mandi pagi pny la susah. mau taknye, menggigil pagi2 buta pegi masuk toilet, pukul 5 6 camtu dah mandi. kat sana bukan mandi shower tau. dia sediakan tong dengan cebok je, lagi la sejuk macam tu. ala2 air perigi gitu
pagi khamis ni ada perasmian dengan Dekan Fakultas Pendidikan UNJ.




ok, aku da malas nak upload gambar

persembahan : dikir barat, tlg tepuk tgn je haha

persembahan UNJ : angklung

ramah mesra dgn student UNJ

ucapan dari zati hulwani. ok aku tipu
lakonan semata2 -_-"

dah duduk dalam kump. ni kump aku
mamat si baju putih 2 mcm korea

pak budi yg sgt sporting


balut hadiah

last but not least
mcm kerang busuk

mintak maap la ye sebab lambat update, ko ingat ada orang baca blog ko ke zati!!!!! lambat update sebab MALAS, bz dengan tesis n segala macam esaimen, tenet slow cam siput gundang dan lagi skali MALAS


Saturday, April 2, 2011

Jakarta + Bandung~ day 1

23 Mac 2011, bergerak dari UKM ke KLIA, ktorg naik KLM, ni cap Belanda punya haha. ktorg pegi Jakarta sebab ada program. menetap di Universitas Negeri Jakarta. kiranya program ktorg ni dengan kerjasama UNJ la. pe kata layan gambar je, malas nk bercerita sebab xde apa2 pon time ni, perjalanan ktorg je la







bilik ktorg. ni kira cam rumah tetamu UNJ la. 1 bilik 4 org
ada ekon tau

meeting

time ni semua muka cam sambal dah, letih dan mengantuk. aku yang dok depan pon xtau apa dorg cakap, tambah dorg yang dok belakang ni haha.lagi la tak tau pape. tapi yang pasti, layanan dorg memang terbaik la. superb!!!! orang Malaysia belum tentu boleh buat macam dorg. tahniah UNJ!!

sori la, gambar pon asyik2 muka ktorg je kan, boleh muntah hijau dah tengok. aku malas nak upload sebenarnya sebab internet pon cap siput. lagi senang tengok kat facebook aku, aku dah upload. baru part 1 la tapi.