BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 24, 2011







i miss you












Saturday, November 19, 2011

Monday, October 10, 2011

We Got Married

Dimples Couple~^^
Leeteuk & Kang Sora

KONVOKESYEN

2008 masuk ukm, budak 1st year, kalo tgk gambar pon memang macam budak hingusan haha. 2011 - dah senior, 3rd year, abis otai la kiranya. macam2 rasa masa kat ukm, pahit, manis, masin, masam, tawar, semua ada.
tapi memang zaman belajar la yang paling best, tambah2 zaman skolah dulu, dari form 1 sampai form 5, memang terbaik la yang tu, memang ingat sampai bila2. zaman sekolah dulu jahat, macam2 kes. yeahhh, jahat tu la yang bes. skarang dah habis belajar,sibuk cari keja, pehhhh dah down gila dah sebab skarang memang susah nak dapat kerja. sapa2 yang dah dapat kerja tu memang beruntung gila la. nak kena compete dengan berjuta2 orang dengan satu jawatan kosong, pehhhhhhh.
25 Sept 2011-hari aku konvo. Thanks untuk family dgn semua member2. ok dh malas nak taip -.-
gambar mukadimah mesti la mama dgn abah hehe

4 beradik yg slalu gaduh haha

=)

mama konvo jugak

abah pon sama hehe

ni geng ukm, tp 2 org xda 

dah 10 tahun kenal =)



dah malas nak upload. mula2 punya la semnagat nak letak gambar banyak2. memang spesis (betul ka eja mcm ni,terlupa la) hangat2 tahik hayam.

Wednesday, September 28, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Renung-renungkan dan selamat beramal 

ya ampun

mintak maap byk2 la sebab lama x update blog. sian kat blog, kna tinggal 4 5 bulan. nak buat cemana, dah nasib dapat empunya blog yang memang dari azali pemalas huahuahua. oleh kerana lama sangat tinggal blog, cerita pasal jakarta pon taknak sambung dah, dah nama pon pemalas kan. cerita basi je tu hehe, tak payah nak sambung.

Saturday, April 16, 2011

Jakarta + Bandung~ day 3

kalau korang nak tau, lecturer ktorang cik mokhtar tu, pepagi buta dia pegi ketuk pintu bilik ktorang semua ni. dia tolong kejutkan ktorg bangun tidur seawal jam 5 pagi Indonesia = 6 pagi Malaysia. malu tak? malu tak?
25 Mac ni ktorg pegi rumah kanak2 pendidikan khas, tak jauh mana pon dari UNJ tapi oleh kerana Jakarta ni femes dengan macet, makanya yang dekat pon boleh jadi jauh. kalau nak tau macet tu apa, silalah google ye hehe
haruslah amik gambo dlu

mereka







khusyuk

persembahan kanak2 pendidikan khas



kudapan

sebelum solat Jumaat lagi ktorg dah gerak balik ke UNJ, kalau diikutkan ktorg akan ada kat sekolah tu sampai petang tapi atas sebab2 tertentu, aktiviti petang tu terpaksa dibatalkan. dengan sukacitanya, cik mokhtar cakap lepas solat Jumaat tu aktiviti bebas. ikut suka ko la nak pegi mana pon. time ni semua orang dah senyum kambing haha. masing2 nak pegi shoping.

sampai2 je kat wisma UNJ aku terus tidur, yang lain aku tak tau apa dorg buat, dah mimpi sampai ke mana dah aku ni. nak pegi shoping la konon petang tu, sekali dapat katil terus tak hengat dunia haha. dalam pukul 4 tu terjaga sebab kawan bilik sebelah ketuk pintu. hamek kau, dah berapa jam aku tidur. sekali baru aku sedar rupa2nya budak2 bilik aku pon tidur jugak. kawan aku yang datang ketuk pintu ni sebab nak ajak pegi shoping kat Cempaka Mas. dengan muka yang mamai tu ktorg siap secepat mungkin sebab lecturer dah tunggu kat bawah, ktorg pegi dengan lecturer sebab budak2 yang lain semua dah pegi. ktorg satu bilik ni je yang sedap tidur hahaha. susah2 pegi jakarta, boleh kau tidur kan zati hee.

ktorg pegi naik bas. bas kat sana stok2 bas mini kat sini. tapi kena cepat naik, lambat sket je memang dia tinggal terus. 

tayar sebelah aku je, betol2 depan pintu tayar tu
kau mampu??

siap nyanyi2 lagi. suara dia sedap ok
kalah la mentor kat TV3 tu

Cempaka Mas ni ala2 Times Square & Sungai Wang. tapi Cempaka Mas ni lagi besar la. memang besar gile. takda apa sangat pon. barang2 biasa je cuma murah la. aku tak beli apa pon kat sini. takda benda menarik. lepas tu ktorg pegi makan kat McD. McD kat sini tak sama kat Malaysia. mau tercongok 15 menet kat situ, khusyuk membaca haha. aku amik medium panas, ada ayam seketul, nasi dengan scrambled egg. tapi scrambled egg dia hanyir, macam guna telur ituk je. sos dia pon tak sedap jugak, rasa lain. so aku makan nasi dengan ayam je la.

pas makan terus balik sebab ada meting dengan lecturer pukul 8. ktorg memang tiap2 malam ada meting. nak kena marah pon time ni la.

Sunday, April 10, 2011

Jakarta + Bandung~ day 2

24 Mac 2011. nak mandi pagi pny la susah. mau taknye, menggigil pagi2 buta pegi masuk toilet, pukul 5 6 camtu dah mandi. kat sana bukan mandi shower tau. dia sediakan tong dengan cebok je, lagi la sejuk macam tu. ala2 air perigi gitu
pagi khamis ni ada perasmian dengan Dekan Fakultas Pendidikan UNJ.




ok, aku da malas nak upload gambar

persembahan : dikir barat, tlg tepuk tgn je haha

persembahan UNJ : angklung

ramah mesra dgn student UNJ

ucapan dari zati hulwani. ok aku tipu
lakonan semata2 -_-"

dah duduk dalam kump. ni kump aku
mamat si baju putih 2 mcm korea

pak budi yg sgt sporting


balut hadiah

last but not least
mcm kerang busuk

mintak maap la ye sebab lambat update, ko ingat ada orang baca blog ko ke zati!!!!! lambat update sebab MALAS, bz dengan tesis n segala macam esaimen, tenet slow cam siput gundang dan lagi skali MALAS


Saturday, April 2, 2011

Jakarta + Bandung~ day 1

23 Mac 2011, bergerak dari UKM ke KLIA, ktorg naik KLM, ni cap Belanda punya haha. ktorg pegi Jakarta sebab ada program. menetap di Universitas Negeri Jakarta. kiranya program ktorg ni dengan kerjasama UNJ la. pe kata layan gambar je, malas nk bercerita sebab xde apa2 pon time ni, perjalanan ktorg je la







bilik ktorg. ni kira cam rumah tetamu UNJ la. 1 bilik 4 org
ada ekon tau

meeting

time ni semua muka cam sambal dah, letih dan mengantuk. aku yang dok depan pon xtau apa dorg cakap, tambah dorg yang dok belakang ni haha.lagi la tak tau pape. tapi yang pasti, layanan dorg memang terbaik la. superb!!!! orang Malaysia belum tentu boleh buat macam dorg. tahniah UNJ!!

sori la, gambar pon asyik2 muka ktorg je kan, boleh muntah hijau dah tengok. aku malas nak upload sebenarnya sebab internet pon cap siput. lagi senang tengok kat facebook aku, aku dah upload. baru part 1 la tapi.






Tuesday, March 29, 2011

habis sudah

kelas untuk sem ni dah habis

dengan ini selesai sudah kelas aku sepanjang tiga tahun dekat UKM

tunggu post seterusnya

tentang perjalan hidup dekat UKM

tapi tak janji

bergantung kepada tahap kerajinan

;p

Tuesday, March 22, 2011

hari yg ditunggu telah tiba

akan berangkat ke Jakarta dalam beberapa jam lagi

belom apa2 lagi dah penoh beg -_-'


Tuesday, March 15, 2011

boleh kawin dengan orang korea dah

kiri : bibimbap
kanan : errr, pekebenda tah. lupa -_-"

makanan yang aku lupa nama tu sedap jugak. dia macam sup daging la tapi ada sayur yang banyak jugak. semestinya sup tu tak habis di makan sebab sangat banyak. lagipon masing2 sebok nak bercerita itu ini macam mulut murai sebab lama tak jumpa. actually Che Arre dgn abang dia Izzat datang KL.saja nak jalan2. so dia pon plan untuk keluar ramai2. yang keluar hari tu aku, Arre, abg Izzat, Aiman, Aiman's future husband  dan Batip. Aiman dgn Batip baru balik dari New Zealand & Australia. tak la baru sangat, last year la dorg balik hehe. rakyat kat Midvalley hari tu sangat ramai oke. nak cari tempat makan pon susah. last2 melangkah ke Garden, food court je pon. 

bibimbap

bibimbap ni adalah campuran nasi dan sayur-sayuran. kalo korang ni jenis yang tak makan sayur, kem salam pak abu la nak makan benda ni. yang dalam mangkuk putih tu sup apa tah, tak tau jugak. tak sedap oke, masam. kalo nak makan bibimbap ni, haruslah gaul sampai jadi macam ni
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ni bukan nasi kucing oke!!


kejadian ni berlaku 2 minggu lepas, dah basi dah pon tapi nak cite gak. sangat sedap oke, menepati citarasa la. sah!!! boleh jadi orang korea dah. berangan kawin dengan Super Junior. -_-". Super Show 3 pon ko tak boleh pegi Zati oiiii, ada hati nak kawin dengan Super Junior.


Wednesday, March 9, 2011

kerja terlapang

hujung minggu ni rumet2 sekalian balik rumah. tinggal aku sorang tapi lagi sorang tak tau balik jugak ke tak, tak dapat di kesan. bila duduk sorang2 ni mula la buat kerja2 gila, mwahaha.

- try baju. haa, ni memang kerja terlapang aku ok. dalam bilik bila rumet takde, ni la kerja aku. slalunya bila baru beli baju je kan tapi aku tak. saja2 pon buleh jugak try2 haha. abis satu lemari aku godek2, jumpa baju yang lama tak pakai. kot2 la tetiba dah tak muat. baju semakin kecik ke kan. baju jugak yang salah. pastu try pakai shawl. lilit sana lilit sini. main la lilit2 sampai tercekik.

- karoke sorang2. nyanyi kuat2. kalo ada rumet tak boleh nyanyi kuat, kang dapat pelempang free pulak kan. yela, dah orang tengah meroyan buat tesis, kau sesuka hati sesedap rasa nak nyanyi kuat2 dengan suara sumbang kau tu. memang mintak pelempang lah. tapi bila takde semua orang dalam bilik, haruslah pasang lagu kuat2. nyanyi pon lagi la kuat.hehe

- bila dah bosan sebab takde geng nak borak dan gelak ketawa, asik2 kau tengok dinding, dinding tengok kau maka buka la lagu dan menari sesuka hati. step haruslah rekaan sendiri yang tak pernah dibuat orang. muka pulak haruslah bongkak dengan lagak penari profesional hahaha. kau mampu??

- ini memang keje wajib la. komfem TERlebih tidur. ter la sangat kan. padahal memang kuat tidur pon. bosan weh dudk sorang2. tidur pon sodapppp

ini kerja2 terlapang aku kat UKM. kat rumah lain pulak. lagi banyak benda boleh buat. HEHE

Monday, March 7, 2011

first and last

buat julung2 kalinya aku join diner fakulti. selama 3 tahun aku kat sini, last 2 years memang tak join segala apa yang sewaktu dengannya lah pasal fakulti ni. untung UKM dapat student macam aku kan. tahun 3 ni boleh pulak terjoin, tu pun bersebab haha. kalo tak jangan harap la nak nampak batang hidung aku yang penyek ni.

diner kali ni dia buat sekali dengan penyampaian anugerah dekan. okeh, sebelum terlupa, diner ni last 2 weeks tau. aku je yang malas nak update, konon2 bz la. tema diner kali ni fantasi. fantasi gile la aku pegi pakai baju kurung moden, baju raya tahun lepas je.





makanan malam tu ok2 je la. tak la sedap sangat, boleh la telan. padan la dengan bayar 10 hengget je. sambil2 makan tu ada la 2 3 jenis persembahan. pastu sampai la acara kemuncak, penyampaian anugerah dekan. aku siap menggigil2 bagai lagi. over kan. kau gile tak menggigil, tak pernah ada dalam sejarah UKM Zati Hulwani naik pentas dapat anugerah tau. tapi bila sampai turn aku, si pengacara majlis ni boleh pulak silap sebut nama aku, Zati Zulwani. ternganga aku 5 saat before naik pentas tu, cisssssdale betol. 

punya la menggigil nak amik sijil, sekali dapat yang ini je -.-'

lepas tu ada cabutan bertuah. letak la hadiah 1000 pun kat atas pentas tu, memang aku tak akan dapat pon. tak pernah bertuah pon. ok, sila layan gambar2 di bawah ye, dah malas nak cite hehe


kenapa tetiba ada cik panda ni??


suh layan gambar macam ada 20 gambar, padahl ada 3 je kan T_T. mintak maap la ye, penyakit malas menggunung sangat dah skg ni

ok, bye~