BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 29, 2010

31 Disember Cuti Umum

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.


p/s:esok pon aku dah cuti hehe.tahniah Malaysia!!!

Monday, December 20, 2010

boleh bertukar jadi hulk

marah!!memang sinonim dengan manusia termasuk aku. pantang ada silap memang akan meletup. tapi aku nak cakap ni bukan marah dekat sapa-sapa tapi pasal pengurusan cafe kolej aku. memang terbaik dari ladang lah,susah nak dapat cafe camni

cafe uo (kolej ungku omar) ni tak lah hebat sangat pon. setakat ada meja kerusi, seketul peti ais yang entah zaman bila punya air yang diorang jual, rak roti gardenia dan tempat jual lauk pauk yang tak berapa nak enak tu. pastu bila petang sampai malam boleh la order ala carte. tapi diorang ni masak macam nak bagi kucing yang makan. sadis!! tapi tu la cafe yang ada pon kat kolej ni. mana la ada moto kete nak pegi beli makanan kat luar. terpaksa la melangkah masuk jugak cafe tu.

kalau jual kuih pulak, kuih semua stok-stok kena pijak. boleh pulak nak jual macam tu kan. ktorang ni bukan kucing nak buat macam tu. kalau lauk pauk pulak sekali tengok je memang terus terbantut selera yang tengah membuak-buak. bila order yang ala carte pulak, memang menguji tahap keimanan la. sejam lepas order baru dapat makanan. dalam hati aku ni memang dah mencarut bagai la kan. bila komplen cakap tukang masak balik kampung. alasan basi!!!!!! ambik la tukang masak yang lain untuk ganti. semua ada 3 orang. kalau 3 3 balik kampung sapa nak masak???? bos dia memang bodoh sangat, tak boleh nak pikir. dah la masak memang tak pernah nak sedap.

bos pulak memang sombong nak mampos. bajet je lebih. tak pernah nak senyum langsung. jatuh bankrap ke kalau kau senyum??? muka nak masam jeeeeee doplopat jam. pekerja pulak kurang asam boi, kalau order makanan tapi tetiba tak jadi nak makan dan mintak tolong bungkuskan, boleh dia cakap tak nak sebab kat dapur banyak keje dan banyak order. memang time tu rasa nak penyepak laju2 je kan. kalau diikutkan memang dah boleh pecat pekerja macam tu. dalam hati ni dah macam-macam dah cakap, mencarut abis dah. tak pasal-pasal dapat dosa.



p/s : orang lain semua semakin kurus je, aku semakin gemuk huhuhu. nak diet!!

Wednesday, November 10, 2010

rahsia simbol yahudi


kalau nak tau kena baca buku ni. aku pun baru nak baca tapi buku ni bukan hak milik aku, kawan aku yang punya

p/s: menggigil2 badan bila kemas n angkat barang fuhhhh

hep hep hooray

pom pom pom mcm mercun bawang la pulak bunyi

merdeka! merdeka! merdeka! hari ni bukan 31 Ogos, merdeka sebab final exam dah habis tapi hancus T_T. terlalu happy sebab exam dah habis & tak sabar nak balik rumahku syurgaku. tapi ada jugak benda yang buat aku stress, kena kemas barang weh. UKM ni stail kena kemas barang setiap kali cuti sem, hilang lemak 2 kilo kemas barang. baru kemas, belum angkat lagi. dengan beg sebesar gajah seberat badak, memang berlecak la ketiak. boleh cirit angkat beg besar. kompem terbakar 5 kilo lemak.

cuti ni pulak dah ada agenda hehe. wait for me darl. cuti pon cuti jugak tapi kena buat tesis. tersangkut dekat bab 1 lagi. sem ni bz sangat. tak sempat nak buat tesis. pastu kena buat kertas kerja untuk projek kelas sem depan.semangat. bukan semangat tapi terpaksa sebab sem depan nak fokus kat tesis ja. tengok2 bila dah dekat rumah apa pon tak buat haha. macam tu la slalunya. gebang lebih. ok la, nak sambung mengemas barang yang  nampak sikit tapi hakikatnya sangat banyak sampai tak muat beg. pinjam LV Rizalman boleh?

Friday, November 5, 2010

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan 
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


- kualiti dari henpon cabok

Tuesday, November 2, 2010

bebelan tak bermotif

assalamualaikum,tak jawab dosa. ohh, aku dah muak tengok nota. muak??? zati, kau study 5 minit, main tenet 15 minit kau cakap muak. bukan muak dah tu, pemalas namanya. hahaha dasyat sungguh. tak penah nak study betol2, pastu bila exam tak boleh jawab mula la nak menyesal bagai. oh nak bagitau ni, tak private dah blog ni, yaka?huh, bajet macam blog best sangat nak private pulak. sebab blog tak best la yang aku private tu. aku ni buta IT sket banyak, tambah pulak dengan malas nak update, memang bertambah best la blog ni kan. ok cau dulu.


eh, TERupload la haha

bye~

Sunday, October 31, 2010

kerana telur rebus

ini aku copy dari facebook oke sebab aku rasa sangat lawak sampai terguling-guling aku gelak,hahaha



*****


Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergimengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.

Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

ish x sopannya...nasib baik bapak mertua sporting...hahahahaha

sekian

*****

hahahaha,kalau aku la kat tempat mamat tu,kompem aku rasa macam nak keluar terus dari rumah,malu siot.kalau kentot lepas makan telur rebus memang terbaik la bau tu,mmg susah nak dapat hahaha.

Friday, October 29, 2010

ucapan


good luck for final exam. all the best. do pray for me too!!

gambar ni di ambil sempena aku yang tgh konon2 rajin study dgn membe.aku suka gambar yang semak2 dgn note n sgala benda bila study.gambar tuan tanah kedaung tak buleh ambik sebab tak pakai tudung.haha

Tuesday, October 26, 2010

i'm not in a good mood



rasa tak nak jumpa orang, tak cakap dengan orang, benda lawak pon tak gelak, tak lapar tak kenyang, rasa nak menangis, nak duduk dalam bilik sorang2, nak tidur lama2

Monday, October 25, 2010

3 budak hitam

sangat terharu dengan entry nih ok









muahhhh!!!

Saturday, October 23, 2010

kenapa?mengapa?

kenapa baju dan seluar saya semunya dah kecik?semua rasa sendat2 je bila pakai.maknanya?yeah,memang baju tu mengecil.tak kan la aku ni pulak yang gemok kan.gituuuuu

waaaaa,serius ni,bila pakai baju semua rasa ketat.dari saiz S bertukar ke saiz M.tak kan la dah nak bertukar saiz kot.ohh tidak.kena buat anjakan paradigma ni.kalau nak ikutkan logiknya.memang patut la bertukar saiz pon.hari2 makan tak hengat yang hari esok pon boleh makan lagi,sigh T_T.kalau bab melantak memang hebat.mulut ni asyik cakap 'lapar' je.

ok,hari ni meh nak cakap pasal makan.nak cerita rutin harian makan kat cafe kolej ungku omar ni.slalunya pukul 12 lebih dah mesej rakan seperjuangan pi makan.hari ni 23/10/2010,pi cafe mcm biasa tapi sangat malang.semua lauk dah habis.kejadahnya la tak sampai pukul 1 lagi dah tak dak lauk.maknanya bukan aku sorang yang kuat makan,hahaha.manusia perot tong mcm aku ni haruslah bengang bila lauk habis.yang ada pon sayur dan nugget+sosej+bebola tu.memang terpaksa makan sebab perot dah meroyan.lunch hari ni nasi+sayur+sosej+bebola.air fresh orange,blagak sket kan sbb sadis sangat tengok nasi.bila makan pulak memang tak dak perasaan la,sedap pon tak,kenyang pon tak.nasib badan

pastu pukul 2 pi PTSL (Perpustakaan Tun Sri Lanang).giler la.pelajar cemerlang memang kena pi library.hahahaktuihhh,boleh kira kot sem ni berapa kali je aku pi library.ada la dalam 2 3 kali camtu.banyak la tu kan.haha.orang kat library dah mcm kat shopping mall yang ada sale.ramainya la yang buat2 rajin study kat library ni,hehe.hang tu ja yang pemalaih zati oi,jgn nak mengata org.memang susah nak cari tempat kosong.ini adalah gara2 UKM yang tadak study week.makanya semua orang pulun nak study.aku????..................

dalam library bising2 pulak aku sebab dah lapar.time ni hujan mencurah2 ke bumi.tetiba teringin nak makan secret recipe,mana la nak dapat zati oi.last pi la kat bakery.oyeah,ada kek.blueberry cheesecake RM3.90.murah kan.cukup la tu.bakery dalam UKM je pon.nak jual pon dekat student je.




boleh la tahan kek ni.padan la dengan harga tu.waktu beli ni siap tunjuk muka tamak lagi.memang terserlah la kelaparan tu.oh terlupa nak cakap.aku bukan sorang2 tau,dengan member aku ida.makan punya makan,sampai satu tahap dah rasa muak.kek bukan boleh makan banyak2 pon.tapi sebab membazirkan amalan syaitoonnnn,sumbat la jugak kek tu dalam mulut.last2 memang tak boleh nak habiskan kek,kalo habiskan memang akan muntah la lepas tu.



tinggal la banyak ni.memang nampak sikit tapi dah tak boleh nak masuk dah.tu la,tamak sanagt waktu beli,padan muka.

pastu balik kolej.sampai kolej terus pi cafe.owhhh haruslah makan.kalau tak malam nanti lapar.order makanan.orang kat cafe sangat ramai.dinner aku adalah
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



nasi putih+sup ayam+teh o ais.aku order sup ayam tapi macam dapat sup minyak je hahaha.sup ayam tu berminyak oke.patut la aku gemok,bukan salah aku yang makan banyak.



tengok la,minyak je atas tu.macam sup orang sakit pon ya jugak.cuba la bersyukur skit zati,ada jugak makanan tu.gambar semua di snap guna henpon cabuk.jangan nak komplen pasal kualiti tau,haha

lepas makan terus masuk kedai runcit,beli keropok rostik.ni untuk santapan di malam hari.perot tong macam aku ni memang sentiasa akan cari makanan.malam pulak rumet buat jemput2.aku jugak terpaksa makan.orang dah masak takkan la tak makan,kecik hati dia nanti.ALASAN!!!!sambil makan tu minum green tea tau,haaa.aku minum green tea lepas aku baca blog hatim,lagipun memang ada green tea pon kat bilik cuma tak penah minum.setengah jam lepas tu pulak makan keropok yang tak berkhasiat tu.takdak efek la minum green tea camtu,haha.

sian kat perot tak sempat nak rehat.mulut asik nak makan je.hari2 yang mendatang terpaksa control makan.boleh ke zati???? T_T





p/s:aku ke salah bila baju jadi kecik?

Sunday, October 17, 2010

dah basi tapi belom berkulat

hello,sori lama tak update,saya tersangatlah bz dengan projek2 kelas dan semua dah habis.alhamdulillah semua berjalan lancar.pehh bapak skema ayat.ada la sikit kesulitan tu kan,biasa la tu.update ni pon tak de benda yang bez pon nak kongsi,juz nak tunjuk gambo2 hari2 kejadian je,hehe (pdhl mls nk update)

raya 2010

ni kiranya mcm reunion la.tapi da brapa kerat ja yang join,yang lain tak buleh.masing2 ada hal & open house.tapi ada benda lawak yang jadi,time nak pi rumah salwa,dengan yakin kami semua bagi salam kuat2 kat sebuah rumah sejibik mcm rumah salwa.tapi no respon,masing melangkah kaki menuju ke dapur,lagi sekali bagi salam ramai2.keluar la sorang makcik.dia cakap salwa tak dak.memang tu bukan rumah salwa pon,silap rumah.makk aiiih,malu wohh.dahlah bagi salam kuat2, sampai dapur plak tu haha







teater muzikal tun mahathir 26 sept 2010






pertandingan lagu irama asli






homestay sungai haji dorani








teater madu oh madu
berlangsung dengan jayanya.program start pukul 3 tapi pukul 3 tu tak dak orang pon,tak dapat sambutan.bila teater dah start,ada la lawak2 yang diselitkan.pehh riuh je,ramai jugak yang datang.terkejut.semua tak sangka dan mendapat pujian dari budak2 teater yang lain.






sori guys.tak dapat nah share gmbo banyak2 sebab aku malas nak upload.internet kat sini stok2 siput gundang T_T.memang tak buleh nak tolong

p/s:next week dah exam tapi esaimen banyak lagi weh.meroyan abis laa

Thursday, September 30, 2010

bajet cam PM

oke,tajuk kat atas adalah untuk diri sendiri oke.sebab sekarang ni diri ku yang serba hina dan kekurangan ini tersangatlah bz.tak dapat nak update.makan tidur aku pon entah kemana.kalo ikutkan hati memang banyak cerita pon tapi apakan daya,bz.huhuhu.ditambah pulak dengan pemalas aku + tenet yang tahap siput sedut ni T_T

p/s:mmg byk benda jd lately ni,haihh


*sila jeles*

Monday, August 30, 2010

megi cap lembu


haa,sila jangan ternganga oke.mesti suma cam pelik kan,selalunya ada megi tomyam,kari,ayam n etc.ni ada megi lembu pulak,haha.dah lama dah nak cakap pasal megi cap lembu ni tapi penyakit malas selalu sangat serang,tak dapek den nak nolong

kriuk!!kriuk!!perot aku bunyi la,apa lagi.malam2 lepas balik terawih,perot aku ni mesti mengamok punya,nak kena isi.padahal buka posa tu dah makan tak hengat dunia.pastu nanti kalo kurus gemok bising.dengan ayunan langkah kaki yang padu,aku pi la godek2 makanan yang ada.sekali nampak megi housemate aku.oh,teringin jugak nak megi ni.mintak la sebungkus kat dayah.aku ni pulak terlebih rajin,tak main la masak2 ni kan,tuang je air panas dalam mangkok tu.haa,berehhhh!!!oh,skali aku ada bau lembu daa.tgk2 dalam mangkok aku yang bau lembu yu,hahahaha.makk aihhh,boleh tahan,bau tak da la kuat pon tapi boleh tahan jugak la kan.dengan perot wa yang mengamok tahap gaban ni,wa tak kesah punya,wa bedal je.tolak batu kayu tanah la kan.oke,aku makan dengan tak dak perasaan.megi ke aku makan ni??haha.wahh,sekali megi tu pon rasa lembu.bukan stakat megi,kuah pon rasa lembu.hamek kau!kalo bau je boleh tahan lagi,ini siap perisa lebu lagi.waaaa!!tapi aku bedal jugak sampai habes semangkok haa.sebab megi orang kan,dah la cik puan megi tu duduk depan aku.tak kan la aku nak buang pulak.T_T

guna henpon cabuk,camni la


ni la suasana suran meja study,sila abaikan segala semak samun kat situ,fokus hanyalah pada mangkok.oke2,kita fokus lagi dekat
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

langsung tak menarik kan megi aku,memang patut bau lembu pon,haha

nak tau tak ni megi apa sebenarnya,haaa.tak sangka la pulak megi ni ada rasa lembu.aku ingat oke je.dahla tengah lapo kan.oke,meh kita tengok megi ni
jeng,jeng,jeng
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


mamee tomyam.dengan berkobar2 aku aku nak makan megi tomyam,sekali rasa lembu weh.aku tak tau la kot korang beli tetiba rasa spageti plak kan.tapi deria rasa aku oke lagi rasanya.memang rasa lembu pon megi ni,tak tipu.lagi pon ni pestaim aku makan megi ni.megi ni memang tak dak bau n rasa tomyam langsung.100% lembu!!pasni tukar la plastik tu kan,jadi warna cokelat pastu ada gambar lembu sekor kat depan tu.yang dalam mangkok tu letak la daging,haha

p/s: memang aku boikot trus megi ni

Friday, August 27, 2010

makan+jalan+sembang+gelak+shoping

bulan puasa ni biasalah,bab makan no 1 la kan.hari2 kena pikir nak makan apa.kalo aku n da geng beli makanan kat bazar, cafe ato kat bbb.slalunya ktorang memang beli kat sini je la.

oke,ni bila aku n arre plan nak bukak posa skali.so ajak la orang len sama.nak meriahkan suasana.g pon dah lama tak jumpa,yang slalu jumpa si budak kecik tu je la.las jumpa eda pon time p genting ari2.lama dah tu.plan punya plan,jumpa kat mid,pas2 nak buka kat situ,las2 buka posa kat nando's.aku plak stok2 jakun sket kan,kat penah makan kat situ pon.tadak orang penah ajak masuk pon.tak kan la tetiba aku nak masuk sorg2 pulak.geng2 ukm aku ni pulak xpenah nak masuk tempat2 makan camtu.oke,tengok la gambaq dulu














tu semua gambaq kat nando's.dok kat situ pon dah cakap n gelak kuat2 dah.nasib baik dapat tempat bes.dok hujung skali.sembang pon cam dok kat hostel dulu.tadak nak sopan2,hentam gelak kuat2 lagi ada,haha.wahh,bes2!!pas makan,jalan2 n shoping.haih.nangis poket aku








banyak ja lagi gambaq tapi tak kan nak upload semua pulak.muntah pulak tengok gambaq kami ni,haha.pukul 10 semua bersurai.eda,mira,nomin cekleka pi shah alam.kalo dak aku ikut dah,nasib ada keja yanh kena submit,tak jadi la aku nak ikot.cek arre trus blek um.

p/s:nanti wat reunion lagi.syiokk ooo~

Tuesday, August 24, 2010

jiwa kacau!!!

Assignment semua belum siap, huhuhu T_T. mana dgn teater lagi, dengan pertandingan nyanyian asli lagi. Nanti dengan paperwork, presentation lagi. Suma pas raya wohhhh.waaaaaaaaa!!!!!!!

Sunday, August 22, 2010

Barakallah by Maher Zain

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


Thursday, August 19, 2010

sila terliur

ohh tajuk entry yang sangat tak buleh blah oke.bajet cam makan kat hotel la kunun,cait.

ni nak cerita pasal sahur n berbuka aku sepanjang ada kat ukm ni.yang sebenarnya tak sahur pon sebab malas nak bangun.selama 9 hari posa ni, ada la 2 kali je kot yang bangun,tu pon makan nestum ja oke.makan pon pejam mata,haha.gila malas nak bangun ah.kalo kat rumah buleh pulak bangun siap hentam makan cam orang bukak posa,ish3.memang ajaib la kalo tak bangun sahur kat rumah. ye la,kat rumah ada orang masak,siap hidang lagi.lagi pon posa di perantauan,perantauan la sgt,ngn kat rumah sgt beza tau.

dah lari topik sebenarnya,haha.sebenarnya nak cita hidup di bumi ukm ni.petang2 p bazar beli makanan.hari rabu bersamaan 8 ramadhan p bazar ngn ida,ramainya rakyat padahal baru pukul 5.30.keluar awal sebab musim hujan skg.pukul 6.30 tu selalunya mesti hujan.jalan2 beli2 tgk jam dah pukul 6.tiba2 pulak hujan rintik2 dah.aiyok.pas2 beli la cepat2,bukak langkah la kan.banyaknya kena belu sebab kena beli utk satu geng,baik kan,hahaha.memang x cukup tangan ah,tu pon nasib baik bawak beg doraemon.



ni la beg doraemon,semua makanan boh dalam beg ni.senang,tak payah nak pegang plastik banyak2.yang bawak beg ni sebab moto ida mota orang malas,moto ego.tadak bakul wa cakap sama lu.memang wajib bawak beg doraemon ni.kalo tak ko pegang la plastik2 tu kiri kanan,haha.tengah bayang ni,camna la kalo tak bawak beg doraemon.mesti orang gelak guling2 tengok aku pegang semua makanan tu,penoh kiri kanan




ni lah makanan yang di beli.nampak sikit kan,semua kena tipu,dalam plastik tu ada brapa polistren dah,memang penoh beg la.tunggu nak melimpah ruah je tu.

pastu dah bebuka makan tak hengat dunia,main sumbat je macam tak penah jumpa makanan,ish3.bila malam pulak buat jemput2.haaa,ni nak bangga lebih ni.aku yang buat oke.dari sedia bahan,bancuh n goreng.memang air tangan aku ahh.wah,dah buleh kawin ni.perasan -_-





pastu makan dengan housemate,gosip2.hehe.ni lah sahur ktorang

der,wiken nanti kita masak eh,hehe