BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 31, 2010

kerana telur rebus

ini aku copy dari facebook oke sebab aku rasa sangat lawak sampai terguling-guling aku gelak,hahaha



*****


Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergimengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.

Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

ish x sopannya...nasib baik bapak mertua sporting...hahahahaha

sekian

*****

hahahaha,kalau aku la kat tempat mamat tu,kompem aku rasa macam nak keluar terus dari rumah,malu siot.kalau kentot lepas makan telur rebus memang terbaik la bau tu,mmg susah nak dapat hahaha.

Friday, October 29, 2010

ucapan


good luck for final exam. all the best. do pray for me too!!

gambar ni di ambil sempena aku yang tgh konon2 rajin study dgn membe.aku suka gambar yang semak2 dgn note n sgala benda bila study.gambar tuan tanah kedaung tak buleh ambik sebab tak pakai tudung.haha

Tuesday, October 26, 2010

i'm not in a good mood



rasa tak nak jumpa orang, tak cakap dengan orang, benda lawak pon tak gelak, tak lapar tak kenyang, rasa nak menangis, nak duduk dalam bilik sorang2, nak tidur lama2

Monday, October 25, 2010

3 budak hitam

sangat terharu dengan entry nih ok









muahhhh!!!

Saturday, October 23, 2010

kenapa?mengapa?

kenapa baju dan seluar saya semunya dah kecik?semua rasa sendat2 je bila pakai.maknanya?yeah,memang baju tu mengecil.tak kan la aku ni pulak yang gemok kan.gituuuuu

waaaaa,serius ni,bila pakai baju semua rasa ketat.dari saiz S bertukar ke saiz M.tak kan la dah nak bertukar saiz kot.ohh tidak.kena buat anjakan paradigma ni.kalau nak ikutkan logiknya.memang patut la bertukar saiz pon.hari2 makan tak hengat yang hari esok pon boleh makan lagi,sigh T_T.kalau bab melantak memang hebat.mulut ni asyik cakap 'lapar' je.

ok,hari ni meh nak cakap pasal makan.nak cerita rutin harian makan kat cafe kolej ungku omar ni.slalunya pukul 12 lebih dah mesej rakan seperjuangan pi makan.hari ni 23/10/2010,pi cafe mcm biasa tapi sangat malang.semua lauk dah habis.kejadahnya la tak sampai pukul 1 lagi dah tak dak lauk.maknanya bukan aku sorang yang kuat makan,hahaha.manusia perot tong mcm aku ni haruslah bengang bila lauk habis.yang ada pon sayur dan nugget+sosej+bebola tu.memang terpaksa makan sebab perot dah meroyan.lunch hari ni nasi+sayur+sosej+bebola.air fresh orange,blagak sket kan sbb sadis sangat tengok nasi.bila makan pulak memang tak dak perasaan la,sedap pon tak,kenyang pon tak.nasib badan

pastu pukul 2 pi PTSL (Perpustakaan Tun Sri Lanang).giler la.pelajar cemerlang memang kena pi library.hahahaktuihhh,boleh kira kot sem ni berapa kali je aku pi library.ada la dalam 2 3 kali camtu.banyak la tu kan.haha.orang kat library dah mcm kat shopping mall yang ada sale.ramainya la yang buat2 rajin study kat library ni,hehe.hang tu ja yang pemalaih zati oi,jgn nak mengata org.memang susah nak cari tempat kosong.ini adalah gara2 UKM yang tadak study week.makanya semua orang pulun nak study.aku????..................

dalam library bising2 pulak aku sebab dah lapar.time ni hujan mencurah2 ke bumi.tetiba teringin nak makan secret recipe,mana la nak dapat zati oi.last pi la kat bakery.oyeah,ada kek.blueberry cheesecake RM3.90.murah kan.cukup la tu.bakery dalam UKM je pon.nak jual pon dekat student je.




boleh la tahan kek ni.padan la dengan harga tu.waktu beli ni siap tunjuk muka tamak lagi.memang terserlah la kelaparan tu.oh terlupa nak cakap.aku bukan sorang2 tau,dengan member aku ida.makan punya makan,sampai satu tahap dah rasa muak.kek bukan boleh makan banyak2 pon.tapi sebab membazirkan amalan syaitoonnnn,sumbat la jugak kek tu dalam mulut.last2 memang tak boleh nak habiskan kek,kalo habiskan memang akan muntah la lepas tu.



tinggal la banyak ni.memang nampak sikit tapi dah tak boleh nak masuk dah.tu la,tamak sanagt waktu beli,padan muka.

pastu balik kolej.sampai kolej terus pi cafe.owhhh haruslah makan.kalau tak malam nanti lapar.order makanan.orang kat cafe sangat ramai.dinner aku adalah
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



nasi putih+sup ayam+teh o ais.aku order sup ayam tapi macam dapat sup minyak je hahaha.sup ayam tu berminyak oke.patut la aku gemok,bukan salah aku yang makan banyak.



tengok la,minyak je atas tu.macam sup orang sakit pon ya jugak.cuba la bersyukur skit zati,ada jugak makanan tu.gambar semua di snap guna henpon cabuk.jangan nak komplen pasal kualiti tau,haha

lepas makan terus masuk kedai runcit,beli keropok rostik.ni untuk santapan di malam hari.perot tong macam aku ni memang sentiasa akan cari makanan.malam pulak rumet buat jemput2.aku jugak terpaksa makan.orang dah masak takkan la tak makan,kecik hati dia nanti.ALASAN!!!!sambil makan tu minum green tea tau,haaa.aku minum green tea lepas aku baca blog hatim,lagipun memang ada green tea pon kat bilik cuma tak penah minum.setengah jam lepas tu pulak makan keropok yang tak berkhasiat tu.takdak efek la minum green tea camtu,haha.

sian kat perot tak sempat nak rehat.mulut asik nak makan je.hari2 yang mendatang terpaksa control makan.boleh ke zati???? T_T





p/s:aku ke salah bila baju jadi kecik?

Sunday, October 17, 2010

dah basi tapi belom berkulat

hello,sori lama tak update,saya tersangatlah bz dengan projek2 kelas dan semua dah habis.alhamdulillah semua berjalan lancar.pehh bapak skema ayat.ada la sikit kesulitan tu kan,biasa la tu.update ni pon tak de benda yang bez pon nak kongsi,juz nak tunjuk gambo2 hari2 kejadian je,hehe (pdhl mls nk update)

raya 2010

ni kiranya mcm reunion la.tapi da brapa kerat ja yang join,yang lain tak buleh.masing2 ada hal & open house.tapi ada benda lawak yang jadi,time nak pi rumah salwa,dengan yakin kami semua bagi salam kuat2 kat sebuah rumah sejibik mcm rumah salwa.tapi no respon,masing melangkah kaki menuju ke dapur,lagi sekali bagi salam ramai2.keluar la sorang makcik.dia cakap salwa tak dak.memang tu bukan rumah salwa pon,silap rumah.makk aiiih,malu wohh.dahlah bagi salam kuat2, sampai dapur plak tu haha







teater muzikal tun mahathir 26 sept 2010






pertandingan lagu irama asli






homestay sungai haji dorani








teater madu oh madu
berlangsung dengan jayanya.program start pukul 3 tapi pukul 3 tu tak dak orang pon,tak dapat sambutan.bila teater dah start,ada la lawak2 yang diselitkan.pehh riuh je,ramai jugak yang datang.terkejut.semua tak sangka dan mendapat pujian dari budak2 teater yang lain.






sori guys.tak dapat nah share gmbo banyak2 sebab aku malas nak upload.internet kat sini stok2 siput gundang T_T.memang tak buleh nak tolong

p/s:next week dah exam tapi esaimen banyak lagi weh.meroyan abis laa