BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 16, 2011

Jakarta + Bandung~ day 3

kalau korang nak tau, lecturer ktorang cik mokhtar tu, pepagi buta dia pegi ketuk pintu bilik ktorang semua ni. dia tolong kejutkan ktorg bangun tidur seawal jam 5 pagi Indonesia = 6 pagi Malaysia. malu tak? malu tak?
25 Mac ni ktorg pegi rumah kanak2 pendidikan khas, tak jauh mana pon dari UNJ tapi oleh kerana Jakarta ni femes dengan macet, makanya yang dekat pon boleh jadi jauh. kalau nak tau macet tu apa, silalah google ye hehe
haruslah amik gambo dlu

mereka







khusyuk

persembahan kanak2 pendidikan khas



kudapan

sebelum solat Jumaat lagi ktorg dah gerak balik ke UNJ, kalau diikutkan ktorg akan ada kat sekolah tu sampai petang tapi atas sebab2 tertentu, aktiviti petang tu terpaksa dibatalkan. dengan sukacitanya, cik mokhtar cakap lepas solat Jumaat tu aktiviti bebas. ikut suka ko la nak pegi mana pon. time ni semua orang dah senyum kambing haha. masing2 nak pegi shoping.

sampai2 je kat wisma UNJ aku terus tidur, yang lain aku tak tau apa dorg buat, dah mimpi sampai ke mana dah aku ni. nak pegi shoping la konon petang tu, sekali dapat katil terus tak hengat dunia haha. dalam pukul 4 tu terjaga sebab kawan bilik sebelah ketuk pintu. hamek kau, dah berapa jam aku tidur. sekali baru aku sedar rupa2nya budak2 bilik aku pon tidur jugak. kawan aku yang datang ketuk pintu ni sebab nak ajak pegi shoping kat Cempaka Mas. dengan muka yang mamai tu ktorg siap secepat mungkin sebab lecturer dah tunggu kat bawah, ktorg pegi dengan lecturer sebab budak2 yang lain semua dah pegi. ktorg satu bilik ni je yang sedap tidur hahaha. susah2 pegi jakarta, boleh kau tidur kan zati hee.

ktorg pegi naik bas. bas kat sana stok2 bas mini kat sini. tapi kena cepat naik, lambat sket je memang dia tinggal terus. 

tayar sebelah aku je, betol2 depan pintu tayar tu
kau mampu??

siap nyanyi2 lagi. suara dia sedap ok
kalah la mentor kat TV3 tu

Cempaka Mas ni ala2 Times Square & Sungai Wang. tapi Cempaka Mas ni lagi besar la. memang besar gile. takda apa sangat pon. barang2 biasa je cuma murah la. aku tak beli apa pon kat sini. takda benda menarik. lepas tu ktorg pegi makan kat McD. McD kat sini tak sama kat Malaysia. mau tercongok 15 menet kat situ, khusyuk membaca haha. aku amik medium panas, ada ayam seketul, nasi dengan scrambled egg. tapi scrambled egg dia hanyir, macam guna telur ituk je. sos dia pon tak sedap jugak, rasa lain. so aku makan nasi dengan ayam je la.

pas makan terus balik sebab ada meting dengan lecturer pukul 8. ktorg memang tiap2 malam ada meting. nak kena marah pon time ni la.

No comments:

Post a Comment